Jumaat, 10 Mei 2013

SAYA ANAK MALAYSIA

Dah lama saya mempunyai blog tapi tidak tertulis apa apa kerana selama ni saya masih mencari cari topik yang ingin saya perkatakan. Saya merupakan seorang yang mempunyai begitu banyak idea dan pendapat tapi tidak pernah menggunakan pena untuk meluahkannya. Padahal bak kata orang mata pena itu lebih tajam. Hari ini Jumaat, 10 May 2013, saya terpanggil untuk mengasah pena saya atas galakan seorang sahabat.

Tajuk posting saya yang pertama adalah mengenai saya anak Malaysia. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Di kala saya menulis ini begitu ramai yang tidak berpuas hati dengan kerajaan yang memerintah sehingga jelas Rakyat Malaysia yang selama ini terkenal dengan pelbagai bangsa serta perpaduan kaum tidak lagi harmoni seperti dulu. Kerana politik kita semakin berpecah belah. Masing masing saling menunding jari. Caci memaki, carut mencarut dan fitnah memfitnah menjadi seakan budaya baru di Malaysia. Manalah perginya slogan budi bahasa budaya kita yang sering kita laungkan dulu. Sedih dengan keadaan ini saya terasa untuk meluahkan rasa hati saya.

Bagi saya yang paling penting adalah bukan apa yang kerajaan  dapat beri pada kita sebaliknya apa yang boleh sumbangkan pada kerajaan sehingga negara Malaysia ini dapat menjadi negara yang maju dan disegani. Root point adalah perpaduan. Tanpa perpaduan maka kita sudah tidak boleh hidup bersatu padu  di negara yang berbilang kaum dan bangsa. Sekiranya kita terlalu mementingkan isu yang remeh temeh maka negara kita tidak akan dapat maju dan jadilah seperti negara-negara lain yang fokusnya bukan untuk membangunkan negara tetapi sibuk menyelesaikan isu-isu pertelingkahan rakyat mereka. Sedangkan sekiranya ketidakpuasan hati dan perasaan negetif itu digunakan untuk membantu membangunkan negara sudah pasti negara kita akan lebih maju. Mana ada negara yang dapat membangun dan maju sekiranya pemimpinnya sentiasa bertukar ganti dan bila datangnya orang baru pasti berbeza pula ideologinya. Kalau kita boleh menerima ideologi tersebut adakah orang lain juga turut dapat menerimanya seperti kita. Tepuk dada tanya selera.

Sedih apabila perbezaan pendapat diantara kita mendapat maklumbalas yang cukup negetif. Seandainya kita terus menerus menunding jari sampai bila pun keadaan ini tidak akan berkesudahan. Sepatutnya kita harus faham bahawa setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Ini kerana kita dibesarkan melalui persekitaran yang berbeza, ilmu yang kita perolehi juga berbeza dan penerimaan kita terhadap sesuatu isu juga berbeza mengikut pengalaman yang kita ada.

Saya ambil satu contoh yang mudah. Apabila kita pergi membeli belah ada orang yang suka ke Tesco atau Carrefour manakala ada orang suka ke Jusco. Ada juga orang yang lebih suka pergi ke pasar. Kenapa semua orang tidak pergi ke satu tempat sahaja contohnya ke Giant? Keadaan tempat itu juga memainkan peranan penting. Mungkin pasaraya Giant lebih dekat dengan rumah kita berbanding Tesco dan Carrefour. Dan barang yang kita nak beli lebih mudah didapati di pasaraya tersebut berbanding tempat lain. Mungkin juga pasaraya tersebut selalu mengamalkan memberi diskaun kepada para pelanggan berbanding tempat lain. Sesetengah orang lebih suka ke pasar kerana bahan bahan mentahnya lebih segar dan murah berbanding di supermarket. 

Bolehkah kita memaksa orang lain untuk membeli belah di Giant kerana kita selesa dengan pusat membeli belah tersebut. Bolehkah kita mengutuk orang yang membeli belah di pasar kerana kononnya tidak standard atau tidak sebersih di supermarket lain? Tak boleh kan? Setiap tempat bebas mempromosikan barang mereka dengan cara dan medium yang mereka ada. Tempat yang lebih pandai memahami kehendak pelanggan pastinya lebih ramai pengunjung berbanding tempat yang hanya menawarkan produk yang terhad dan memperkenalkan jenama baru yang pastinya kurang mempunyai “brand recognition”. Ramai yang masih setia kepada sesuatu produk kerana kita lebih selesa dengan produk tersebut dan tidak adventurous seperti orang lain yang  tidak kisah mencuba pelbagai produk baru yang ada di pasaran. Tidak ramai yang berani mengambil risiko kerana takut sesuatu produk tersebut tidak sesuai dengan mereka.

Begitu juga dengan apa yang berlaku sekarang. Kita jadi marah kerana ramai orang tidak sependapat dengan kita. Kenapa perlu begitu? Jadilah indvidu yang matang yang menerima bahawa kita hanya manusia biasa yang punyai latarbelakang penerimaan yang berbeza. Tidak kira kita bangsa melayu, cina, india atau pribumi sabah atau sarawak kita semua adalah rakyat Malaysia dan perbezaan yang ada diantara kita itulah yang menjadikan kita negara yang cukup istimewa di mata negara-negara lain.